Pihak berkuasa Sepanyol melaksanakan semula perintah sekatan di daerah Galicia susulan peningkatan kes COVID-19.

Langkah ini dilaksana selepas daerah Catalonia mengambil tindakan sama.

Perintah sekatan itu melibatkan sekitar 70,000 penduduk.

Penduduk akan dibenarkan keluar bekerja bagi tempoh lima hari sementara perhimpunan hanya dibenarkan tidak melebihi 10 individu.

Pihak berkuasa juga mewajibkan pemakaian pelitup muka.

Di peringkat nasional, Sepanyol berjaya mengurangkan kadar jangkitan.

Ia meyaksikan Sepanyol membuka sempadan dengan negara Eropah lain.