Pasangan suami isteri dari China mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen selepas meninggalkan anak bongsu mereka di dalam sebuah lokar baju awam.

Sebuah rakaman video memaparkan wanita itu membawa keluar anaknya dari loker baju tersebut.

Seorang pekerja yang membantu pasangan itu membuka pintu lokar tersebut turut dilihat terkejut selepas mendapat tahu ada seorang kanak-kanak di dalamnya.

Kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah pusat kolam renang di Yangjiang, Guangdong, China.

Menurut laporan portal China Kan Kan News, pasangan itu dipercayai meninggalkan anak mereka di situ kerana tidak mahu membayar untuk servis penjagaan kanak-kanak.

Bagaimanapun, ia masih tidak jelas berapa lama bayi itu ditinggalkan di loker tersebut dan kanak-kanak itu dilapor tidak menunjukkan sebarang tanda sesak nafas.

Netizen yang terkejut menyifatkan tindakan pasangan itu sebagai 'gila' dan tidak bertanggungjawab.