awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dapat 25 'markah' jika tarik hijab, polis UK siasat kempen serang umat Islam

Agensi
Agensi
11/03/2018
02:33 MYT
Dapat 25 'markah' jika tarik hijab, polis UK siasat kempen serang umat Islam
Polis tempatan berkata belum jelas sama ada terdapat kes jenayah yang berkaitan dengan surat berkenaan. -Gambar fail
Kempen lancar serangan terhadap umat Islam di England kini dalam siasatan pihak berkuasa.
Polis tempatan di daerah West Yorkshire menerima enam laporan berhubung surat yang mempromosikan kempen 'Hari Menghukum Orang Islam' atau 'Punish A Muslim Day'.
Memetik laporan The Independent, surat yang sama turut disebarkan di London dan Birmingham.
Antara kandungan surat tersebut adalah mengenai ganjaran ke atas serangan yang dilakukan terhadap umat Islam.
Ia juga mempunyai 'sistem markah' dimana 25 'markah' diberikan kepada mereka yang menarik hijab seorang wanita Islam.
Bagi mereka yang berjaya memusnahkan Mekah, 2500 'markah' akan diberikan.
Pengarah perkhidmatan pengawasan serangan anti-Islam Tell MAMA, Iman Atta, berkata surat berkenaan telah mencetuskan ketakutan dikalangan masyarakat Islam di sana.
“Mereka bertanya sama ada selamat jika anak-anak mereka bermain di luar rumah. Kami telah memberitahu mereka untuk bertenang, dan menelefon pihak polis jika mereka menerima salah satu daripada surat ini,” kata Iman Atta.
Seorang jurucakap polis tempatan berkata belum jelas sama ada terdapat kes jenayah yang berkaitan dengan surat berkenaan.
Topic Berkaitan
#anti-Islam
#England
#Islam
#Islamophobia
#serangan keganasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan