INTERNATIONAL
Dedah surat peribadi, Meghan Markle saman tabloid Britain

Duchess of Sussex, Meghan Markle memfailkan saman terhadap tabloid Britain, Mail on Sunday selepas tabloid tersebut menerbitkan surat peribadi kepada ayahnya tanpa kebenaran. Foto: Instagram/@sussexroyal
DUCHESS of Sussex, Meghan Markle memfailkan saman terhadap tabloid Britain, Mail on Sunday selepas tabloid tersebut menerbitkan surat peribadi yang diutuskan kepada ayahnya tanpa kebenaran.
Malah pihak guaman Markle turut menyifatkan terbitan tersebut sebagai menyalahi undang-undang.
Putera Harry dalam satu kenyataan pada Selasa berkata prosiding perundangan itu diambil susulan tindakan 'buli' oleh syarikat tabloid itu terhadap isterinya.
Jelasnya, walaupun tindakan ini mungkin bukan tindakan yang paling selamat, tetapi ini merupakan tindakan yang tepat.
“Saya takut jika perkara sebini berulang lagi. Sebelum ini saya menyaksikan sendiri apabila seseorang yang saya sayangi menjadi bahan komoditi, hingga sampai ke satu tahap mereka tidak lagi dilayan atau dilihat sebagai seorang individu.
“Saya sudah kehilangan ibu dan kini terpaksa menyaksikan isteri saya menjadi mangsa perkara yang sama,” katanya.

Putera Harry dalam satu kenyataan pada Selasa berkata prosising perundangan itu diambil susulan tindakan 'buli' oleh syarikat tabloid itu terhadap isterinya.
Diana adalah antara wanita yang paling banyak dirakam gambarnya di dunia, sebaik sahaja berkahwin dengan kerabat diraja Britain.
Sementara itu, Meghan Markle yang diwakili firma undang-undang Schillings mengemukakan tuntutan itu di Mahkamah Tinggi London.
Pada masa sama, Schillings turut menggambarkan penerbitan surat berkenaan sebagai sebahagian daripada kempen oleh kumpulan media itu yang menyiarkan berita palsu dengan tujuan menghina Markle dan putera Harry.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami