Para pemimpin negara-negara ASEAN dan Australia mengulangi pendirian dan komitmen mereka untuk memerangi ekstremisme tanpa sempadan dan berusaha bekerja lebih rapat antara satu sama lain untuk mencegah aliran pejuang pengganas asing ke rantau itu.
Perkara mengenainya disimpulkan pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia yang diadakan untuk pertama kalinya di Sydney pada Ahad.
Dalam satu kenyataan bersama yang dikenali sebagai "Deklarasi Sydney" yang dikeluarkan pada akhir sidang kemuncak khas itu, 11 pemimpin ASEAN berkata mereka "secara terang-terangan mengutuk keras keganasan dalam semua bentuk dan manifestasi."
Mereka juga berkata mereka akan meningkatkan kerjasama serantau untuk menangani punca utama keadaan yang menyumbang kepada pertumbuhan dan penyebaran keganasan dan radikalisasi.
Untuk mengukuhkan komitmen mereka, 10 negara anggota ASEAN dan Australia bersetuju pada Sabtu untuk mengadakan satu perjanjian 'counter terrorism' yang menandakan kerjasama yang lebih mendalam.
Memorandum Persefahaman (MoU) tersebut ditandatangani Setiausaha Agung ASEAN Lim Jock Hoi, dan Menteri Luar Julie Bishop dari Australia, serta disaksikan 10 pemimpin ASEAN dan Australia pada akhir persidangan ASEAN-Australia itu.
Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull berkata, Australia melihat ASEAN sebagai rakan keselamatan penting dan menggesa semangat perpaduan dalam menghadapi keganasan.
"Mereka berusaha menyemai perpecahan dengan tafsiran dan fahaman mereka yang memalsukan Islam, untuk menimbulkan kebencian antara Sunni dan Syiah untuk mengggangu hubungan antara Islam dan bukan Islam," jelasnya.
Sementara itu Presiden Indonesia, Joko Widodo berkata dalam ucapannya di forum itu, beliau menghargai kerjasama aktif Australia dengan ASEAN dalam memerangi keganasan.
Agensi
Mon Mar 19 2018
Malcolm Turnbull berjabat tangan dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong pada sidang media yang diadakan semasa Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia di Sydney, Australia, 18 Mac, 2018. REUTERS
PM ucap selamat raikan Good Friday, Easter Sunday kepada penganut Kristian
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut hari Good Friday dan Easter Sunday kepada seluruh penganut Kristian.
Singapura rampas 1.5 tan produk segar dan makanan proses dari Malaysia
Kira-kira 1.5 tan produk segar dan makanan diproses yang diimport secara haram dari Malaysia dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA).
AWANI Ringkas: Jumlah hari tol percuma kekal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kemarau: KADA anggar 40,000 tan metrik hasil padi terjejas
Kawasan tersebut sangat kering, mengakibatkan tanah merekah dan tanaman rosak teruk.
Pemuda Dong warisi perniagaan buah kabung
Proses mendapatkan buah yang turut dikenali sebagai buah nau dalam kalangan masyarakat utara itu rumit dan memerlukan kesabaran tinggi.
[KOLUMNIS] Malaysia perlu bijak tangani isu diplomatik, jangan biarkan dibuli negara besar
Sekiranya Malaysia hendak mengekalkan status sebagai sebuah negara berkecuali di samping menjaga kepentingan ekonomi negara, kepimpinan negara perlu untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Ada keperluan pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN
Terdapat keperluan untuk PDRM melakukan pindaan terhadap Seksyen 21 Akta Polis 1967, yang berkaitan dengan tugasan mengiring di jalan raya.
Kegiatan haram di KL: Lebih daripada seorang pegawai kanan polis dipercayai terlibat - Azam Baki
Lebih daripada seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia dipercayai terlibat dalam aktiviti melindungi kegiatan haram di ibu negara, tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Tular titah lama Sultan Nazrin di luar konteks, Pejabat Dewan Negara Perak buat laporan polis
Pejabat Dewan Negara Perak membuat laporan polis berhubung penularan kenyataan berunsur perkauman yang memetik titah diraja Sultan Perak, Sultan Nazrin Shahdalam konteks yang salah.
Bubur pedas, juadah tradisi meriahkan Ramadan di Sarawak
Setiap kali Ramadan, juadah bubur lambuk pasti menjadi 'fenomena' di Semenanjung, sejak sekian lama.
KESUMA anjur forum, pameran kerjaya berasaskan pekerjaan hijau
Forum bertujuan menggalakkan perkembangan pekerjaan hijau selari dengan keperluan pembangunan ekonomi yang terangkum dan persekitaran mapan.
Anwar tarik pelabur Australia, ASEAN, kongsi persekitaran kondusif Malaysia
Anwar menegaskan kepentingan kestabilan politik, kejelasan dasar serta tadbir urus baik dalam mewujudkan persekitaran kondusif bagi pelaburan serta pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Nilai ringgit menyusut bukan isu kepada pelabur - PM Anwar
Malah jelasnya, mereka memandang kepada isu-isu berkaitan asas ekonomi lain seperti inflasi, pasaran saham dan pengangguran.
ASEAN-Australia: Malaysia terus gesa gencatan senjata berkekalan di Gaza
Anwar pada masa sama terus menggesa gencatan senjata segera dan berkekalan.
Nasib Australia terletak pada Asia Tenggara - PM Anthony Albanese
Australia komited untuk bekerjasama dengan pemimpin ASEAN, kerana nasib negara mereka terletak pada Asia Tenggara.
Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia: Malaysia gariskan lima bidang tumpuan untuk diperkukuhkan
Bagi memperkukuhkan hubungan akrab ASEAN-Australia, Malaysia menggariskan lima bidang tumpuan untuk diperluaskan.
ASEAN-Australia: Malaysia suarakan usaha tingkatkan hubungan akrab
Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2024 bermula hari ini, menghimpunkan pemimpin Asia Tenggara (SEA) dan Australia, pemimpin perniagaan dan komuniti, golongan pakar dan ahli akademik.
Syarikat-syarikat Australia mohon keizinan pelaburan RM24.5 bilion - PM
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hasrat berkenaan telah dinyatakan kepadanya dalam pertemuan beliau dengan syarikat terbabit pada Selasa.
PM Singapura pertahan konsert Taylor Swift, anggap perjanjian 'sangat berjaya'
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata, perjanjian itu ternyata berjaya, dan membawa manfaat ekonomi kepada negaranya,dan menarik kedatangan pelancong dari seluruh rantau Asean.
Kerajaan kukuh antara faktor utama pelabur minat datang ke Malaysia - PM Anwar
Pengukuhan kerajaan terbukti melalui komitmen terhadap pembaharuan institusi serta pengenalan pelbagai dasar baharu.