awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Demi halang pandemik maut, saintis hasilkan ayam yang diubah secara genetik

Agensi
Agensi
22/01/2019
00:54 MYT
Demi halang pandemik maut, saintis hasilkan ayam yang diubah secara genetik
Menurut Barclay, idea itu adalah untuk menghasilkan ayam yang tidak boleh dijangkiti selesema selain membentuk penampan antara spesies burung dengan manusia. - Reuters
Saintis British sedang menghasilkan baka ayam ternak yang diubah secara genetik untuk lebih ‘kebal’ daripada jangkitan selesema burung.
Reuters melaporkan, usaha itu menjadi langkah awal untuk memastikan jangkitan virus tidak mampu merebak kepada manusia, sekali gus menamatkan kemungkinan pandemik yang membawa maut.
Generasi pertama anak ayam yang diubah secara genetik itu dijangka menetas dari telur penghujung tahun ini di Roslin Institute, University of Edinburgh di Scotland.
Perkara itu diumumkan seorang profesor virologi dari Imperial College, London, Wendy Barclay, yang juga pengasas bersama projek itu.
Ciri asid deoksiribonukleik (DNA) ayam itu diubah menggunakan teknologi mengubah suai genetik yang dikenali sebagai CRISPR. Ia mengubah bahagian protein yang sering menjadi sumber pergantungan bagi virus selesema burung.
“Idea ini adalah untuk menghasilkan ayam yang tidak boleh dijangkiti selesema selain membentuk ‘penampan antara spesies burung dengan manusia’,” ujar Barclay.
Pakar kesihatan dan penyakit berjangkit sedunia sering menyatakan kebimbangan mengenai ancaman pandemik selesema manusia.
Jumlah kematian akibat pandemik selesema pada tempoh tahun 2009 dan 2010, yang disebabkan virus H1N1, adalah sekitar setengah juta orang di seluruh dunia. Berdasarkan rekod, kes serangan selesema paling bersejarah iaitu pada 1918 di Sepanyol pernah membunuh kira-kira 50 juta orang.
Ketakutan utama global ketika ini adalah sekiranya virus yang membawa maut boleh berpindah dari unggas liar kepada ternakan ayam dan itik seterusnya menjangkiti manusia, sebelum bermutasi menjadi pandemik bawaan udara yang merebak dengan cepat antara manusia.
"Jika kita boleh menghalang virus selesema daripada berpindah daripada unggas liar kepada ayam, kita boleh menghentikan pandemik seterusnya di punca,” jelas Barclay.
Topic Berkaitan
#Ayam
#kesihatan
#pandemik
#penyakit berjangkit
#saintis
#selesema burung
#ternakan
#ubah secara genetik
#virus selesema
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan