Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

Demi Lovato, rakan-rakan Glee harap Naya Rivera ditemui dengan selamat

Demi Lovato, rakan-rakan Glee harap Naya Rivera ditemui dengan selamat
Rakan-rakan artis serta peminat mengharapkan yang terbaik untuk misi pencarian pelakon dan penyanyi itu yang di percayai hilang semasa berkunjung ke Tasik Piru, selatan California pada Rabu.
KEHILANGAN pelakon siri muzikal popular, Glee, Naya Rivera, sehingga kini masih lagi menjadi tanda tanya.

Kebimbangan mengenai situasi itu membuatkan rakan-rakan artis serta peminat mengharapkan yang terbaik dalam misi pencarian pelakon dan penyanyi berkenaan.

Pada Rabu, kira-kira jam 1 petang waktu tempatan, Rivera dipercayai hilang semasa mengunjungi Tasik Piru, selatan California.

Pelakon Glee, Heater Morris yang memengang watak Brittany Pierce dalam siri tersebut juga mengharapkan rakannya itu dijumpai dengan selamat dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam misi pencarian.

"Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam misi pencarian Naya" ciapannya di laman Twitter.



BACA: Pelakon Glee Naya Rivera hilang di tasik, anak 4 tahun terbiar atas bot
BACA: Naya Rivera hilang: Tasik Piru ditutup bagi meneruskan operasi pencarian



Sementara itu, penyanyi Demi Lovato yang juga pernah muncul dalam siri tersebut untuk beberapa episod juga mengajak peminatnya untuk mendoakan keselamatan Rivera.
Demi Lovato mengajak peminatnya untuk mendoakan keselamatan Naya Rivera



Selain Heather dan Demi, rakan-rakan lain yang turut berlakon dalam siri yang diterbitkan sebanyak enam musim sejak 2009 itu turut berharap pelakon tersebut dalam keadaan selamat.

Rivera bersama pelakon-pelakon siri Glee dalam satu babak Glee musim pertama


Terdahulu, Rivera dikhabarkan telah menyewa sebuah bot bersama anaknya namun selepas tiga jam sebuah bot lain menemukan anaknya dalam bot yang disewanya, bersendirian, tanpa Rivera di sisinya.

Difahamkan, kanak-kanak itu tidak mengalami kecederaan dan penyiasat diberitahu bahawa ibunya sedang berenang tapi tidak kembali semula ke dalam bot.


Tag: Naya Rivera, Glee, Demi Lovato, Heater Morris, Hilang, Twitter, Tasik Piru



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.