Parti Demokrat telah berjaya menawan kembali House of Representatives di Capitol Hill.

Kemenangan ini dicapai melalui Pilihan Raya Separa Penggal Amerika Syarikat (AS) yang dilaksanakan hari ini.

Parti itu telah berjaya mendapat 23 kerusi tambahan yang diperlukan untuk mendapat majoriti mudah di Dewan Rendah AS.

Kemenangan ini membolehkan parti itu memberi semak dan imbang secara institusi terhadap pentadbiran Presiden Donald Trump.

Sebelum ini, parti Republican tidak mampu memberi semak dan imbang secara institusi terhadap pentadbiran Trump kerana presiden itu sentiasa menawan golongan haluan kanan negara itu.

Sementara itu, Republican telah mengekalkan kuasa majoriti di Dewan Senat.

Kemenangan ini adalah seperti dijangkakan oleh pelbagai para penganalisis politik di AS.

Kesemua 438 kerusi House of Representatives dipertandingkan dalam pilihan raya ini.

Sementara itu, hanya satu pertiga kerusi Senat dipertandingkan.

Ini bermakna, hanya 34 kerusi Senat sahaja dipertandingkan dalam sesi pemilihan ini, sementara 66 kerusi Senat yang lain tidak dipertandingkan.

Pemilihan separa penggal diadakan setiap empat tahun dan dilakukan di pertengahan pentadbiran mana-mana presiden yang mentadbir.