awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ancaman penyakit semakin serius, ubat semakin kurang di Gaza - Pihak kesihatan
KWSP umum penambahbaikan dasar, produk berkuat kuasa esok
Aset rizab Malaysia pada US$124.12 bilion setakat akhir November 2025 - BNM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Demonstrasi Hong Kong: Tren ke lapangan terbang dihentikan

Astro Awani
Astro Awani
01/09/2019
12:00 MYT
Demonstrasi Hong Kong: Tren ke lapangan terbang dihentikan
Sebahagian daripada sistem perkhidmatan keretapi bawah tanah terpaksa dihentikan sementara diakibatkan berlakunya pertengkaran dan beberapa kemudahan di stesen berikut telah mengalami kerosakan. - Gambar fail.
PROTES yang terjadi di Hong Kong, umpama tiada noktah dan sebaliknya dilihat semakin menjadi-jadi.
Baru-baru ini, sistem perkhidmatan tren ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dihentikan selepas penunjuk perasaan pro demokrasi mengancam untuk mengganggu rangkaian pengangkutan terbabit.
"Seperti diminta oleh Kerajaan Hong Kong dan Pihak Berkuasa Lapangan Terbang untuk memudahkan pengaturan kawalan akses di lapangan terbang," kata pengendali Mass Transit Railway (MTR) menerusi satu kenyataan dikeluarkan.
Menurut laporan portal Reuters, penunjuk perasaan merancang untuk mengganggu laluan perjalanan tren ke lapangan terbang selepas berlaku pertempuran antara polis semalam.
Di mana kejadian itu menjadi semakin parah sehingga pihak polis bertindak untuk melepaskan gas pemedih mata, meriam air dan peluru getah.
Manakala penunjuk perasaan pula telah melemparkan bom petrol lalu pertempuran berikut semakin teruk sehingga menjejaskan pusat kewangan Asia sekali gus memberi kesan terhadap krisis politik terburuk dalam beberapa dekad.
Dalam kejadian itu juga, pihak pegawai keselamatan telah melepaskan dua das tembakan amaran ke udara bagi menakutkan sekumpulan penunjuk perasaan yang cuba untuk mengepung dan mencuba untuk merampas pistol pihak polis.
Selain itu, sebahagian daripada sistem perkhidmatan keretapi bawah tanah terpaksa dihentikan sementara diakibatkan berlakunya pertengkaran tersebut dan dipercayai telah menjejaskan keselamatan perkhidmatan pengangkutan awam tersebut.
Antara hentian stesen kereta api yang ditutup sehingga pagi Ahad itu adalah stesen Mong Kok, Prince Edward dan Kowloon Bay dan menurut pihak berkuasa MTR, beberapa kemudahan di stesen berikut telah mengalami kerosakan.
"Sekumpulan besar penunjuk perasaan mengambil bahagian dalam perhimpunan haram di pelbagai daerah sejak semalam, walaupun bantahan dan amaran polis telah dilakukan.
"Tahap keganasan semakin meningkat dan perbuatan haram mereka tidak mengambil kira undang-undang Hong Kong" kata polis dalam satu kenyataan.
Rusuhan tersebut yang bermula pada pertengahan bulan Jun lalu didorong oleh kemarahan berikutan Rang Undang-Undang ekstradisi yang digantung terkini yang membolehkan orang di bandar itu dihantar keTanah Besar China untuk dibicarakan di mahkamah yang dikendalikan oleh Parti Komunis.
Walau bagaimanapun, pergolakan telah berlarutan selama 13 minggu berturut-turut dan ramai penduduk percaya semakin dikuasai oleh Beijing.
Kejadian protes ini berlaku selepas Hong Kong kembali semula ke negara China di bawah kaedah "satu negara, dua sistem" yang membenarkan kebebasan itu tidak dinikmati di tanah besar, seperti hak untuk membantah dan mempunyai sistem perundangan bebas.
Topic Berkaitan
#Asia
#China
#Hong Kong
#keganasan
#keselamatan
#Penunjuk perasaan
#protes
#protes Hong Kong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan