Umat Islam di Karachi berpusu-pusu ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat selepas pihak berkuasa membenarkan masjid dibuka.

Penduduk di Karachi sebelum ini mendesak agar masjid dibuka semula selepas memasuki minggu terakhir Ramadan, walaupun jangkitan COVID-19 terus meningkat.

Bagaimanapun, masih banyak aktiviti yang terbatas, ditambah dengan akses perjalanan yang terhad susulan sekatan yang masih berkuat kuasa.

Perkhidmatan pengangkutan awam tetap digantung, sementara semua sekolah, kolej, dan universiti di seluruh wilayah masih ditutup.

Pakistan melaporkan 33 kematian lagi akibat koronavirus dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 803 kes dengan lebih 37,000 kes jangkitan.

Pada Khamis, negara itu melaporkan 2,000 jangkitan baharu dalam satu hari selepas orang ramai bersesak memasuki kawsan pasar.

Pakistan terus mengalami peningkatan kes dan kematian sejak kerajaan meloggarkan sekatan pada Isnin.

Menurut pihak berkuasa, peningkatan jangkitan disebabkan ramai mematuhu arahan penjarakan sosial.