awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JAKIM anjur Program Gema Syukur 2026 di Masjid Putra
Suspek kes pukul pekerja restoran makanan segera akan didakwa Khamis depan
[TERKINI] "Tiada usaha sabotaj, khianat dalam Kerajaan MADANI" - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dibanjiri pesakit COVID-19, hospital di UK ini tolak pesakit baharu

Agensi
Agensi
09/04/2020
15:10 MYT
Dibanjiri pesakit COVID-19, hospital di UK ini tolak pesakit baharu
Watford General Hospital meminta orang ramai berkunjung ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan. - Reuters
Sebuah hospital di United Kingdom (UK) tidak lagi menerima pesakit kerana sistem bantuan oksigennya sudah mencapai kapasiti penggunaan maksimum susulan kes wabak COVID-19 yang tinggi.
Watford General Hospital mengisytiharkan situasi kritikal itu kepada umum dan meminta orang ramai berkunjung ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan, sekali gus memberikan mereka ruang untuk menguruskan pesakit sedia ada.
Namun terdapat beberapa pesakit di hospital itu yang terpaksa dipindahkan ke hospital lain.
"Kami perlu mengurangkan permintaan dan melakukan beberapa penyesuaian untuk memastikan hospital dapat beroperasi dengan tersusun dan selamat.
"Perkara pertama yang perlu dipastikan ialah mengekalkan tahap sistem oksigen yang selamat.
"Untuk memastikan keperluan pesakit dapat dipenuhi, kami memindahkan beberapa pesakit ke hospital lain dan tidak menerima pesakit baharu, kecuali wanita bersalin," kata seorang jurucakap hospital.
United Kingdom setakat ini mencatat 60,733 kes jangkitan dan 7,097 kematian akibat COVID-19.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Hospital
#koronavirus
#pesakit
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan