Sebuah pesawat AirAsia X ke Malaysia yang berlepas dari Sydney telah mengakhiri perjalanan di Melbourne selepas juruterbang memasuki kedudukan membujur yang salah, jelas pegawai keselamatan pada Rabu lalu.

Airbus A330-300 telah berlepas dari Sydney menuju Kuala Lumpur pada 10 Mac tahun lepas namun pihak kawalan trafik udara mendapat amaran sejurus kapal terbang memasuki haluan yang salah.

“Kru telah dimaklumkan tetapi cubaan untuk memulihkan masalah hanya menambahkan lagi degradasi pada sistem navigasi dan juga pembimbing penerbangan serta sistem kawalan pesawat," menurut Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) dalam satu kenyataan pada Rabu.

“Juruterbang pesawat tersebut yang berpengalaman menerbangkanpesawat A330 selama 18 bulan membuat keputusan untuk kembali ke Sydney namun cuaca buruk telah memaksanya untuk ke Melbourne secara manual dan mendarat dengan selamat.”

“ATSB telah dijumpai sewaktu tetapan pengurusan penerbangan pesawat dan sistem pembimbing, kapten dengan tidak sengaja memasuki kedudukan membujur yang salah," menurut ATSB.

Ini secara tidak langsung telah mempengaruhi sistem kemudi di atas kapal.

Pengenalpastian dan pemulihan ralat tidak dapat dikesan sehingga pesawat telah mula dikesan memasuki haluan yang salah.

ATSB juga mendapati bahawa pesawat tidak dipasang dengan sistem pengurusan penerbangan yang baharu supaya kemasukan data ralat dapat dielakkan.

Kru pesawat telah cuba menyelesaikan dan mengatasi situasi tersebut walaupun di bawah beban kerja yang berat.

“Ditambah dengan bimbingan terhad yang terdapat dari senarai semak yang disediakan, ini telah mengakibatkan lebih banyak ralat oleh kru penerbangan sewaktu diagnosis dan tindak balas oleh suis dek penerbangan," kata ATSB.

AirAsia telah berkongsi iktibar dari insiden ini dengan semua juruterbang miliknya dan telah menghasilkan latihan baru bagi semua kru penerbangan, tambah ATSB lagi.

Kumpulan penerbangan dari Malaysia mengalami insiden maut yang pertama sewaktu Disember 2014, sewaktu penerbangan AirAsia QZ8501 hilang kawalan dan terhempas di Laut Jawa di Indonesia pada 28 Disember tahun lalu sehingga mengorbankan 162 nyawa.