awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Niaga hadapan emas dijangka kekal dalam aliran positif minggu depan
Penyertaan pasaran meningkat dijangka pacu kenaikan Bursa Malaysia minggu depan
Ketua PBB amat khuatir tindakan Israel sasar NGO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dipaksa tulis surat minta maaf gara-gara mabuk

Sinar Harian
Sinar Harian
13/04/2019
23:17 MYT
Dipaksa tulis surat minta maaf gara-gara mabuk
Surat permohonan maaf yang ditulis dan ditandatangani oleh Donaghue dan Little. - Foto ViralPress
Dua warga Britain ditahan polis Kemboja dan dipaksa menulis surat permohonan maaf gara-gara mabuk dan mengganggu ketenteraman.
James Donaghue dan Josh Little masing-masing berusia 40 dan 27 tahun, didapati mabuk pada awal pagi Rabu lepas dan telah menceroboh masuk kawasan kedutaan Turki di bandar Phnom Penh.
Donaghue dan Little ditahan pengawal kedutaan lalu dibawa ke balai polis berhampiran, namun kedua-dua lelaki itu kemudian 'pengsan' di sebuah bilik siasatan.
Keesokan harinya, pihak polis memaksa kedua-duanya menulis perjanjian menyatakan bahawa mereka akan berkelakuan baik dan mematuhi undang-undang Kemboja.
Dalam satu surat berbeza yang ditulis bersama oleh Donaghue dan Little, mereka berdua memohon maaf kerana kesilapan yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
Kedua-dua surat tersebut ditandatangani menggunakan cap jari.
Ekoran menandatangani surat terbabit dan pengakuan yang menyatakan mereka akan ditahan sekiranya mungkir janji, kedua-duanya dilepaskan tanpa dakwaan. - Dailymail
Topic Berkaitan
#Britain
#James Donaghue
#Josh Little
#Kemboja
#mabuk
#mohon maaf
#Phnom Penh
#surat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan