awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Diracun 2 kali masih hidup, janda kaya akhirnya dicekik hingga mati

Astro Awani
Astro Awani
20/01/2018
02:56 MYT
Diracun 2 kali masih hidup, janda kaya akhirnya dicekik hingga mati
Suspek ketika lakon semula menunjukkan bagaimana dia menghidangkan bakso dan bubur yang dicampur racun kepada mangsa. -Gambar pewarta-madiun.net
Kejam! Itu saja perkataan yang dapat menggambarkan perlakuan keji dua lelaki di Ngawi, Indonesia yang bertindak meracun seorang wanita yang juga majikan mereka.
Mangsa yang dikenali sebagai Sulasi, 53 tahun, merupakan janda kaya di kawasan itu diracun sebanyak dua kali sebelum suspek nekad mencekik mangsa hingga mati setelah racun diberi tidak mendatangkan kesan kepada mangsa.
Mayat Sulasi kemudian dibuang ke Sungai Balawong di wilayah Magetan.
Suspek yang dikenal pasti sebagai BR dan NI pada awalnya hanya merancang untuk menculik Sulasi. Namun mereka kemudian bersepakat pula untuk membunuh mangsa dengan cara memberi racun.
Suspek BR, yang merupakan pemandu peribadi janda kaya itu, pada percubaan pertama didakwa menghidangkan bakso yang dicampur racun tikus kepada mangsa. Namun, mangsa langsung tidak terkesan.
Berang melihat Sulasi masih hidup, BR dua hari kemudian menyajikan bubur yang dicampur racun jenis tirex kepada mangsa. Namun percubaan kali kedua ini juga gagal.
Putus asa dengan kejadian itu, kedua-dua suspek nekad datang ke rumah Sulasi lalu mencekik mangsa hingga mati.
Mayat mangsa yang dibuang ke dalam sungai ditemukan tidak lama kemudian dan kedua-dua suspek kini ditahan.
Polis Indonesia yang menjalankan proses lakon semula kes pembunuhan pada Jumaat mengesahkan hanya dua suspek terlibat.
Motif kejadian dipercayai akibat dendam membabitkan hutang.
Topic Berkaitan
#bakso beracun
#bubur beracun
#dendam
#diracun dua kali
#Indonesia
#janda kaya
#Sulasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan