awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Mengapa virus HIV sukar dihapuskan?
Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ditahan di Iran, akhirnya dua rakyat Australia pulang ke pangkuan keluarga

Agensi
Agensi
05/10/2019
04:54 MYT
Ditahan di Iran, akhirnya dua rakyat Australia pulang ke pangkuan keluarga
King dan Firkin yang berasal dari Perth sering berkongsi kisah perjalanan mereka di media sosial sejak dua tahun lalu. - Gambar Instagram / thewayoverland
SEORANG penulis blog dan tunangnya warga British-Australia dibebaskan selepas tiga bulan ditahan di Iran.
Menteri Luar Australia Marise Payne berkata, pasangan terbabit, Jolie King dan Mark Firkin, kini dalam perjalanan pulang dan dilaporkan berada dalam keadaan sihat.
Jelas Payne, kesemua dakwaan terhadap King dan Firkin turut digugurkan.
"Bagi King dan Firkin, pengalaman pahit yang mereka lalui kini telah berakhir. Mereka akan bersatu semula dengan orang tersayang, dan ia satu kelegaan dan kegembiraan buat semua," kata Payne sepeti dilaporkan media antarabangsa.
King dan Firkin yang berasal dari Perth sering berkongsi kisah perjalanan mereka di media sosial sejak dua tahun lalu.
Sebelum memulakan pengembaraan, pasangan itu menulis di blog bahawa mereka tidak sabar untuk berkongsi pengalaman dan keindahan setiap destinasi yang mereka lawati.
Pasangan itu ditahan dipercayai selepas menerbangkan dron tanpa kebenaran.
Awal September lalu, kerajaan Australia mendedahkan tiga rakyatnya ditahan di Iran.
Menurut laporan akhbar The Times of London, individu ketiga yang turut ditahan adalah ahli akademik British-Australia yang menyambung pengajian di Universiti Cambridge.
Topic Berkaitan
#Australia
#Iran
#Iran tahan
#London
#Penulis blog Australia ditahan di Iran
#Perth
#Rakyat Australia ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan