awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Monyet gunung agresif, berbahaya kepada pengunjung di Taman Rekreasi Gunung Lang
Neymar mulakan pemulihan, sasar tempat dalam skuad Piala Dunia 2026
Trump gesa pelaburan minyak AS$100 bilion di Venezuela, Exxon ragui kebolehlaburan negara itu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ditemui selamat pada hari ke-10, derita pasukan bola sepak Thai belum berakhir

Agensi
Agensi
03/07/2018
05:16 MYT
Ditemui selamat pada hari ke-10, derita pasukan bola sepak Thai belum berakhir
12 remaja dan seorang jurulatih bola sepak mereka yang ditemui hidup selepas 10 hari terperangkap di dalam gua yang dinaiki air perlu menempuhi lebih dugaan buat sementara waktu. - Reuters
12 remaja dan seorang jurulatih bola sepak mereka yang ditemui hidup selepas 10 hari terperangkap di dalam gua yang dinaiki air perlu menempuhi lebih banyak dugaan buat sementara waktu.
Pasukan penyelamat yang terdiri daripada angkatan darat, laut dan udara (SEAL) Thai dan dua penyelam British, John Volanthen dan Rick Stanton sedang berusaha membawa keluar kesemua mangsa dengan selamat.
Gabenor Chiang Rai, Narongsak Osottanakorn berkata, pihaknya masih menilai semua aspek dan kesemua mereka masih terperangkap buat masa ini.
Pasukan penyelamat kini memberi dua pilihan.
Pertama kesemua mangsa perlu belajar menyelam atau menunggu sehingga air banjir di dalam gua itu surut sebelum mereka keluar dengan selamat.
Air banjir itu dijangka surut dalam tempoh beberapa bulan.
“Saya tidak rasa mereka boleh pulang ke rumah masing-masing buat masa ini.
“Kami telah mengkategorikan kesihatan mereka mengikut tahap merah, kuning dan hijau. Merah bermaksud tahap kecederaan paling parah, kuning adalah sederhana dan hijau untuk ringan.
“Semalam (Isnin), kami menilai mereka dan kebanyakan mereka berada dalam tahap hijau,” kata Narongsak.
Tambahnya lagi, pasukan penyelamat kini akan memberi tumpuan kepada fasa penyelamatan dan kemudiannya menyerahkan kepada pasukan perubatan yang menunggu di luar gua tersebut.
Sebelum ini, Pasukan penyelamat Thailand telah menemui 12 remaja dan jurulatih bola sepak mereka yang terperangkap di dalam sebuah gua.

Kesemua mereka menunjukkan ‘tanda-tanda masih bernyawa’ selepas sembilan hari dilaporkan hilang di wilayah Chiang Rai.
Topic Berkaitan
#air
#angkatan darat laut dan udara
#Bangkok
#bola sepak
#British
#Chiang Rai
#Gabenor Chiang Rai
#Gua
#hilang
#kesihatan
#Narongsak Osottanakorn
#penyelamat
#perubatan
#remaja
#SEAL
#Thailand
#wilayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan