awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dituduh menembak, pemandu Uber salahkan aplikasi

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
16/03/2016
09:56 MYT
Dituduh menembak, pemandu Uber salahkan aplikasi
Seorang pemandu Uber Kalamazoo yang dituduh membunuh enam orang mendakwa aplikasi, Uber telah mengawal "mindanya" sehingga mempengaruhi dia melakukan jenayah itu.
Seorang pemandu Uber Amerika Syarikat yang dituduh membunuh enam orang pada bulan lalu mendakwa aplikasi perkhidmatan pengangkutan, Uber mempengaruhi dia melakukan jenayah itu dengan mengawal 'mindanya'.
Dalam satu sesi soal siasat dengan pihak polis, Jason Dalton,45 menyalahkan aplikasi Uber itu dengan mengatakan, aplikasi tersebut telah mendesak dia untuk melakukan serangan tembakan kepada orang awam.
"Saya bertanya kepada Dalton kenapa dia melakukan serangan itu, dia berkata aplikasi Uber telah mempengaruhinya," kata pihak polis.
Menurut Dalton, dia menerima arahan daripada aplikasi tersebut berhubung lokasi tembakan dan cara yang selamat untuk melakukan serangan tersebut.
Tambahnya, dia juga menerima satu mesej khas dengan simbol ‘syaitan’ menerusi aplikasi Uber yang mendesak dia melakukan serangan ini.
Lebih mengelirukan, pemandu Uber itu berkata aplikasi tersebut telah mengawal badannya untuk mematuhi segala arahan yang ditujukan.
“Saya sepatutnya berbalas tembakan dengan pihak polis ketika saya ditangkap, tetapi aplikasi berkenaan mengarahkan untuk tidak melakukannya,” kata Dalton.
Memetik laporan media antarabangsa, Dalton dituduh melakukan serangan tembakan di tiga lokasi di sekitar kawasan Kalamazoo pada malam 20 Februari lalu, ketika mengambil penumpang.
Sejurus selepas tembakan itu, Dalton ditahan oleh pihak polis pada tengah malam 21 Februari.
Topic Berkaitan
#aplikasi
#serangan
#tembakan
#Uber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan