PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump hari ini mengumumkan senarai penerima anugerah "The Fakies", iaitu anugerah khas buat berita palsu 2017 atau 'fake news'.

Anugerah itu diumumkan menerusi laman Parti Republikan GOP.com dan turut dikongsi dalam sebuah entri di akaun Twitter rasminya.

Trump berkata anugerah ini merupakan anugerah buat pihak media yang "paling tidak jujur dan korup sepanjang tahun 2017".

Daripada 11 "anugerah", saluran berita CNN menerima empat anugerah daripadanya dengan dakwaan melaporkan empat isu yang berbeza dengan fakta yang salah.

Ini termasuk laporan CNN mengenai calon Donald Trump dan anak lelakinya, Donald J. Trump Jr mempunyai akses kepada dokumen yang digodam dari WikiLeaks.

Antara media lain yang turut disenaraikan dalam "anugerah" tersebut ialah Washington Post, The New York Times, ABC News, TIME, Newsweek dan Russia Collusion.

Entri Twitter Presiden Amerika Syarikat itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen dan kebanyakannya mempersendakan Trump.

Antara reaksi yang menarik ialah:
Sementara itu, ada di antara mereka yang mengutuk langkah Trump ini yang dikatakan membazir masa dan tidak akan membawa manfaat kepada negara.