Dua gempa bumi dengan kekuatan 4.9 magnitud menggegarkan kawasan Jembrana, Bali awal pagi ini.

Gempa pertama berlaku pada jam 6.08 pagi berpusat di barat daya Jembrana dengan kedalaman 82 kilometer.

Gempa itu dirasakan di beberapa kawasan seperti Kuta, Jembrana, Denpasar, Jimbaran, Nusa Dua dan Banyuwangi, lapor portal Kompas.

Selang 43 minit selepas itu, Bali sekali bergegar dengan gempa kedua berpusat di lokasi sama dengan kedalaman 68 km.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan pihak berkuasa Indonesia berhubung kejadian itu.