OPERASI mencari dan menyelamat giat dijalankan selepas hujan lebat di perbandaran Chongqing, barat daya China yang turut mengakibatkan tanah runtuh dan banjir pada Khamis.

Selain memaksa dua juta penduduk untuk berpindah, situasi itu turut menyebabkan infrastruktur dan ladang rosak.

Kira-kira 141 mangsa disahkan terkorban atau hilang dalam banjir yang memberi kesan kepada lebih 30 juta penduduk.

Pihak berkuasa juga telah mengeluarkan banyak amaran banjir membabitkan Sungai Yangtze berikutan ramalan cuaca yang menjangkakan lebih banyak hujan lebat di kawasan sekitarnya.

Peningkatan paras air di Yangtze memberikan ancaman di kawasan bandar dan luar bandar di wilayah selatan China.

Dalam pada itu, puluhan ribu anggota tentera telah dikerah ke lokasi yang terjejas.