SEKURANG-kurangnya dua peluncur ski dilaporkan terkorban dalam runtuhan salji di bahagian Itali pergunungan Mont Blanc, dalam kejadian pada awal Sabtu.

Menurut polis sempadan Itali di stesen Courmayeur, mangsa yang meninggal dunia disahkan warga Itali.

Mayat mangsa telah ditemui dan dihantar untuk proses pengecaman.

Pasukan Nasional Alpine turut mendedahkan rakaman memaparkan helikopter bergegas ke lokasi kejadian, namun terlambat untuk menyelamatkan mangsa.

Setakat ini, tiada mangsa lain yang dilaporkan hilang.

Sementara itu, stesen televisyen RAI News 24 pula melaporkan, terdapat seorang lagi peluncur yang terselamat dalam kejadian itu, memetik pegawai Penyelamat Gunung Valle d'Aosta, Paolo Comune.

"Kedua-dua peluncur itu dipercayai sedang 'off-piste', bermakna mereka berada di kawasan yang tidak dipetakan atau dikhususkan untuk meluncur," kata Comune.

Kedua-dua mangsa berumur awal 30-an dan salah seorang daripadanya merupakan seorang pengajar ski, menurut agensi berita Itali, NASA.