Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

Ekonomi Singapura susut 12.6 peratus pada suku kedua

Ekonomi Singapura susut 12.6 peratus pada suku kedua
KDNK Singapura pada suku kedua 2020 dikira sebahagian besarnya daripada data dalam tempoh dua bulan pertama suku tahun itu. - Gambar hiasan
SINGAPURA: Ekonomi Singapura susut 12.6 peratus pada suku kedua 2020 berikutan langkah-langkah Pemutus Litar (CB) dan permintaan luaran yang lemah dalam persekitaran ekonomi global yang merosot disebabkan pandemik COVID-19.

Dalam mengeluarkan perangkaan awal, Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) republik itu berkata langkah-langkah yang dilaksanakan selama lapan minggu dari 7 April, adalah termasuk menggantung perkhidmatan bukan penting dan menutup kebanyakan premis tempat kerja.
Sementara itu, pada asas tahunan bermusim diselaraskan suku ke suku, ekonomi susut 41.2 peratus pada suku kedua, katanya.

Perangkaan awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku kedua 2020 dikira sebahagian besarnya daripada data dalam tempoh dua bulan pertama suku tahun itu - April dan Mei 2020 -.
Ia menjadi petunjuk awal kepada pertumbuhan KDNK pada suku tahun itu dan tertakluk kepada semakan semula apabila data yang lebih komprehensif didapati.

-- BERNAMA