awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
Keputusan NFA kes Ahmad Zahid di bawah kuasa penuh Peguam Negara - Saifuddin Nasution
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ekonomi Thailand bertambah baik pada Jun selepas kelonggaran sekatan pergerakan - BoT

Bernama
Bernama
31/07/2020
21:14 MYT
Ekonomi Thailand bertambah baik pada Jun selepas kelonggaran sekatan pergerakan - BoT
Seorang wanita berbasikal sambil memakai pelitup muka di sebuah taman di Samut Prakan selepas kerajaan melonggarkan beberapa sekatan susulan COVID-19 di Thailand, 25 Jun, 2020. REUTERS
Ekonomi Thailand bertambah baik daripada bulan sebelumnya berikutan kelonggaran secara berperingkat langkah-langkah sekatan pergerakan yang dilaksanakan di Thailand dan juga di luar negara, yang menyokong penyambungan semula aktiviti ekonomi.
Bank of Thailand (BoT) berkata nilai eksport barangan tidak termasuk emas, penggunaan swasta dan petunjuk pelaburan swasta dan pengeluaran pembuatan menguncup pada kadar yang rendah.
"Perbelanjaan awam meningkat dalam perbelanjaan semasa dan juga modal. Bagaimanapun, sektor pelancongan terus menyusut dengan ketara disebabkan sekatan perjalanan antarabangsa," kata bank pusat itu dalam satu kenyataan.
BoT berkata nilai eksport barangan turun 24.6 peratus daripada tempoh yang sama tahun lepas, naik sedikit berbanding bulan sebelumnya.
Kecuali emas, ia berkata, kadar penguncupan berkurangan dengan ketara kepada 18.4 peratus daripada 29.0 peratus bulan lepas.
"Ini berikutan peningkatan eksport dalam hampir semua kategori seiring dengan aktiviti ekonomi yang bertambah baik di negara-negara rakan dagangan selepas langkah-langkah sekatan dilonggarkan," kata bank pusat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank of Thailand
#COVID-19
#ekonomi
#kelonggaran
#pelancongan
#pembukaan semula ekonomi
#perbelanjaan
#rakan dagangan
#sekatan pergerakan
#sektor pelancongan
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan