awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Emirates jalankan ujian darah terhadap penumpang sebelum naiki pesawat

Agensi
Agensi
18/04/2020
11:48 MYT
Emirates jalankan ujian darah terhadap penumpang sebelum naiki pesawat
Emirates mendakwa, mereka merupakan syarikat penerbangan pertama di dunia yang melakukan ujian sedemikian. - Gambar fail
Syarikat penerbangan yang berpangkalan di Dubai, Emirates, telah mula menjalankan ujian darah terhadap penumpang di lapangan terbang sebelum menaiki pesawat.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan itu, ujian darah itu mula dijalankan Rabu lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, di mana penumpang yang menaiki penerbangan ke Tunisia perlu menjalani ujian sebelum berlepas.
Keputusan ujian darah itu diperoleh dalam masa 10 minit.
Emirates mendakwa, mereka merupakan syarikat penerbangan pertama di dunia yang melakukan ujian sedemikian.
"Kami merancang untuk meningkatkan kemampuan pengujian di masa depan dan memperluasnya ke penerbangan lain.
"Ini akan membolehkan kami memberi pengesahan segera kepada penumpang Emirates yang melakukan perjalanan ke negara yang memerlukan mereka menunjukkan pengesahan saringan COVID-19," kata Adel Al Redha, Ketua Pegawai Operasi Emirates, dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, syarikat penerbangan itu tidak memaklumkan jika keputusan ujian darah terbabit akan mempengaruhi kebenaran menaiki pesawat.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dubai
#Emirates
#koronavirus
#operasi
#penerbangan
#pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan