awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat bandar terkotor di dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
12/10/2018
04:18 MYT
Empat bandar terkotor di dunia
Antara empat bandar yang paling tercemar dan kotor di dunia. -Foto Sinar Harian
JIKA hendak melancong perkara pertama difikirkan adalah destinasi pelancongan yang menarik dan pastinya bersih.
Namun, tahukah anda empat buah bandar ini merupakan yang paling tercemar dan kotor serta menyebabkan penduduknya menghadapi pelbagai masalah kesihatan.
Mungkin anda boleh tukar perancangan sekiranya ingin melawat ke bandar-bandar tersebut:
Delhi (India)
Kebanyakan bandar di India mengalami masalah yang sama iaitu dari segi kebersihan. Dengan kadar populasi yang tinggi iaitu lebih daripada 1.3 billion penduduk, tidak mustahil bagi negara ini tersenarai sebagai negara dengan bandar paling kotor di dunia. India juga mengalami masalah pencemaran udara dan air yang menyebabkan penduduknya terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan. Namun, kerajaan India sedang giat mencari jalan penyelesaian bagi masalah tersebut.
Delhi
Delhi
Port au Prince (Haiti)
Port au Prince ialah ibu negara dan merupakan bandar terbesar di Haiti. Bandar ini juga terletak di Teluk La Gonave. Antara sebab mengapa bandar ini berdepan dengan pelbagai masalah pencemaran dan kesihatan adalah kerana ia juga terkenal sebagai pusat dagangan dan perniagaan. Selain itu, penduduk di sana juga berpendapat kegagalan kerajaan menguatkuasakan undang-undang antara punca negara ini tercemar.
Port au Prince
Port au Prince
Luanda (Angola)
Walaupun digelar sebagai bandar termahal di dunia, pasti anda tidak tahu bahawa penduduk di sana hanya mendapat bekalan air kotor untuk di minum dan tidak bagus demi tubuh badan mereka. Menurut sumber, negara ini sedang giat menjalankan proses pemulihan daripada bakteria cholera yang nelanda Angole pada 2016.
Luanda
Luanda
Dhaka (Bangladesh)
Dhaka terletak di Buriganga dan merupakan ibu kota Bangladesh. Dhaka juga terkenal sebagai pusat perindustrian, perniagaan dan pentadbiran. Dengan populasi sebanyak 15 juta penduduk, bandar ini kini mengalami masalah penduduk yang padat. Keadaan itu juga telah menyebabkan tercetusnya masalah pencemaran air dan udara.
Topic Berkaitan
#bandar terkotor
#Bangladesh
#Destinasi pelancongan
#Dhaka
#empat bandar
#India
#kesihatan
#Luanda
#Port au Prince
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan