Empat penyerang bersenjata terbunuh dalam kejadian serangan di bangunan bursa saham Pakistan dekat Karachi pada Isnin.

Media melaporkan, penyerang bersenjata itu menggunakan bom tangan dan senapang.

Polis memaklumkan, bangunan yang turut menjadi ibu pejabat kepada banyak bank swasta itu kini pada tahap kawalan keselamatan tertinggi.

“Empat penyerang telah terbunuh dan mereka menaiki kereta jenis Corolla berwarna perak,” Kata Ketua Polis Karachi, Ghulam Nabi Memon kepada Reuters.

Bagaimanapun, masih belum diketahui sama ada masih ramai penyerang yang terlibat dalam kejadian itu.