awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Malaysia: Semangkuk sup bersama Chong Wei suntik semangat Kunlavut
Pemimpin interim Venezuela pecat jeneral pengawal kehormat Maduro
Laut Utara paling panas dalam rekod pada 2025 - Agensi Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam maut akibat bas terjerlus dalam lubang di China

Agensi
Agensi
14/01/2020
13:09 MYT
Enam maut akibat bas terjerlus dalam lubang di China
Menurut pihak berkuasa, kejadian yang berlaku di luar Hospital Xining di daerah Qinghai juga menyebabkan empat yang lain dilaporkan hilang. Foto: AP
Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh selepas bas yang mereka naiki terjerlus dalam sebuah lubang di China.
Menurut pihak berkuasa, kejadian yang berlaku di luar Hospital Xining di daerah Qinghai juga menyebabkan empat yang lain dilaporkan hilang, manakala 16 penumpang yang lain dilaporkan cedera dan kini menerima rawatan di hospital.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan dengan seramai 1,000 pekerja keselamatan dan 30 kenderaan dikerah ke tapak kejadian.
Dalam pada itu, bas berkenaan ditarik keluar dari lubang seluas 80 meter persegi menggunakan tren dan jentera berat.
Ketika kejadian, orang ramai yang berkumpul cuba membantu mengeluarkan penumpang bas tetapi tergendala selepas runtuhan lubang itu menjadi lebih besar.
Setakat ini masih belum jelas jumlah penumpang dalam bas tersebut.
Kejadian seumpamanya pernah berlaku pada 2018 dalam kejadian yang berlaku di bandar Dazhou yang turut mengorbankan empat nyawa.
Topic Berkaitan
#bas
#China
#Hospital Xining
#lubang
#Qinghai
#terjerlus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan