Enam sekeluarga disahkan positif COVID-19 manakala dua daripada mereka meninggal dunia di Kota Bogor, Indonesia.

Mereka yang disahkan positif adalah pasangan suami isteri, anak pasangan itu, menantu serta dua cucu mereka.

Detik News melaporkan jangkitan dipercayai bermula apabila si suami yang pulang dari Jawa Timur jatuh sakit sebelum dia dirujuk ke hospital.

Selepas ujian saringan COVID-19 dijalankan, lelaki itu disahkan positif.

Bagaimanapun, lelaki itu meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di sebuah hospital di bandar Depok.

Bebarapa hari kemudian, anak lelakinya yang disahkan positif juga disahkan positif COVID-19.

Pengerusi Pasukan Khas Menangani COVID-19 (GTPP) Bogor, Dedie A Rachim sebagai berkata, kebanyakan daripada kes jangkitan di bandar itu adalah ekoran kes import.

Katanya, pejabat kesihatan Bogor sedang mengesan mereka yang mempunyai kontak dengan keluarga itu untuk dijalankan ujian saringan.