awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didakwa subahat beri rasuah RM32,000 kepada pembantu pendaftaran JPN
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

England wajibkan pemakaian pelitup muka

Agensi
Agensi
24/07/2020
12:20 MYT
England wajibkan pemakaian pelitup muka
Undang-undang baru itu dikeluarkan kerajaan pada Khamis selepas menteri melakukan perbincangan berulang kali berkaitan isu tersebut. - Gambar REUTERS
PEMAKAIAN pelitup muka kini diwajibkan di ruang awam yang tertutup di England termasuk pasar raya, pusat membeli-belah, hub pengangkutan, bank dan pejabat pos.
Polis boleh mengenakan denda 100 pound sterling (RM544) kepada mereka yang tidak mematuhi peraturan baru itu yang mula dikuat kuasakan pada Jumaat.
Pengerusi Nasional Persekutuan Polis England dan Wales, John Apter berkata, pihak berkuasa tidak dapat melaksanakan peraturan itu sendirian dan memerlukan bantuan pemilik premis bagi memastikan pelanggan memakai pelitup muka.
Undang-undang baru itu dikeluarkan kerajaan pada Khamis selepas menteri melakukan perbincangan berulang kali berkaitan isu tersebut.
Meskipun begitu, terdapat kritikan daripada persatuan peruncit dan perdagangan kerana mengambil masa terlalu lama untuk melaksanakan peraturan baru itu.
Pemakaian pelitup muka juga akan diwajibkan di Malaysia bermula 1 Ogos di kawasan sesak seperti pengangkutan awam serta tempat-tempat awam.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat melihat kepada kadar peningkatan kes yang mula kembali meningkat selain pematuhan rakyat terhadap SOP semakin berkurangan.
Topic Berkaitan
#bank
#Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
#England
#kerajaan
#Malaysia
#Media
#menteri
#penjarakan sosial
#perintah kawalan pergerakan
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#PKPP
#polis
#rakyat
#SOP
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan