BURNLEY menamatkan impian juara Liga Perdana Inggeris, Liverpool untuk merekodkan 100 peratus kemenangan di laman sendiri musim ini.

Ia mencatat keputusan seri 1-1 di Anfield.

The Reds turun beraksi dengan misi memecah rekod mata EPL. Tuan rumah terdahulu meledak jaringan pada minit ke-34.

Bagaimanapun, Burnley berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-69.

Keputusan seri itu bermakna Liverpool meleburkan rekod kemenangan seratus peratus di laman sendiri.

Burnley pula mencatat kemenangan lima perlawanan berturut-turut sejak aksi liga kembali dibuka.

Sementara itu, Sheffield United meneruskan buruan kelayakan untuk Liga Eropah musim depan.

Ia berjaya melonjak ke tangga keenam selepas kemenangan 3-0 ke atas Chelsea.

Beraksi di laman sendiri, Sheffield turun penuh bergaya. Ia menghasilkan gol pertama seawal minit ke-18 menerusi David Mc Goldrick.

Ini diikuti gol kedua pada minit ke-33. Mc Goldrick sekali lagi meledak jaringan pada minit ke-77.