awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Eropah kini jadi pusat penularan COVID-19 - WHO

Astro Awani
Astro Awani
14/03/2020
02:06 MYT
Eropah kini jadi pusat penularan COVID-19 - WHO
Dr Tedros menggesa semua negara, termasuk di Eropah, supaya terus mengambil tindakan dan pendekatan komprehensif dalam mendepani ancaman virus itu. -Gambar fail
Eropah kini menjadi pusat penularan baharu pandemik COVID-19 susulan peningkatan kes positif serta kematian akibat jangkitan virus itu direkodkan di seluruh dunia, selain China.
Perkara itu didedahkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Ghebreyesus di Geneva, pada Jumaat.
Dr Tedros menggesa semua negara, termasuk di Eropah, supaya terus mengambil tindakan dan pendekatan komprehensif dalam mendepani ancaman virus itu.
Tegasnya, setiap jangkitan COVID-19 perlu dijejaki kerana setiap kes yang dikesan serta dirawat akan mengehadkan penyebaran penyakit itu.
Itali hari ini melaporkan 2,547 kes baharu jangkitan COVID-19 dengan 250 lagi korban menjadikan jumlah keseluruhan di negara itu sebanyak 17,770 kes dengan 1,255 kematian.
Di Sepanyol pula, negara Eropah kedua tertinggi jumlah jangkitan COVID-19, sejumlah 1,063 kes baharu dengan 53 kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,209 kes dengan 120 korban.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Tedros Ghebreyesus
#eropah
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#pusat penularan
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan