awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Esmail Ghaani dilantik jeneral baharu Quds ganti Qassem Soleimani

Astro Awani
Astro Awani
04/01/2020
23:53 MYT
Esmail Ghaani dilantik jeneral baharu Quds ganti Qassem Soleimani
Esmail Ghaani dilantik sebagai jeneral baharu menggantikan Qassem Soleimani. -Reuters
IRAN melantik Esmail Ghaani sebagai jeneral baharu untuk mengetuai angkatan Quds menggantikan Qassem Soleimani yang terbunuh dalam serangan Amerika Syarikat.
Seperti Soleimani, Ghaani turut terbabit dalam perang lapan tahun Iran dengan Iraq pada 1980-an sebelum menyertai Quds yang baru ditubuhkan.
Walaupun masih banyak yang tidak diketahui mengenai Ghaani, 62, namun maklumat risikan barat percaya dia sudah lama berada dalam kedudukan kuasa di organisasi itu.
Kini dengan pelantikannya ketika ketegangan semakin memuncak dengan AS, penganalisis pertahanan barat percaya tugas pertamanya sudah pasti akan memantau apa juga operasi atau apa juga bentuk balas dendam yang dirancang Iran ke atas AS kerana membunuh Soleimani.
Tentera elit Quds merupakan sebahagian daripada kor pengawal revolusi Iran yang mempunyai kekuatan 125,000 anggota.
Topic Berkaitan
#Esmail Ghaani
#Iran
#Iraq
#jeneral baharu
#penganalisis pertahanan
#Qassem Soleimani
#Quds
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan