Dua gambar kanak-kanak gelandangan sedang membuat kerja sekolah di tepi jalan bertemankan lampu daripada restoran McDonald’s menjadi viral di Facebook.
Murid sekolah berkenaan melutut di kaki lima sambil menulis di atas sebuah meja kayu buatan sendiri.
Gambar-gambar itu dirakam di cawangan restoran makanan segera tersebut di Manila oleh seorang pelajar bernama Joyce Gilos Torrefranca.
Joyce yang sedang menuntut bidang kedoktoran tersentuh dengan kesanggupan Daniel Cabrera, 9, yang gigih menimba ilmu meskipun kehidupannya serba kekurangan.
“Saya sering melawat kedai-kedai kopi untuk mentelaah pelajaran. Dia tidak mempunyai apa-apa selain dedikasi penuh untuk terus belajar,” ujar Joyce.
Daniel sekeluarga tiada tempat tinggal selepas rumah keluarganya musnah akibat kebakaran. Sejak itu, mereka hidup sebagai gelandangan.
Kehidupan yang daif, keadaan adik yang sakit teruk sambil melihatkan kesusahan ibunya sebagai ibu tunggal memupuk sikap dedikasi yang utuh untuk menghabiskan pelajaran.
Menurut posting itu, setiap malam Daniel akan mengulang kaji pelajaran serta membuat kerja rumah ditemani cahaya lampu restoran itu.
Pelajar gred tiga itu tekad untuk menamatkan pelajaran supaya dia dapat membantu selain mengubah nasib keluarga.
Portal berita tempatan berpeluang menemu bual guru kepada Daniel iaitu Rosalina Detuya.
“Daniel adalah seorang kanak-kanak yang ceria. Dia bukan sahaja pintar malah sering mengambil bahagian dalam diskusi kelas,” ujar Rosalina yang kagum dengan ketabahan anak muridnya itu.
Pegawai kebajikan masyarakat dikatakan telah melawat keluarga Cabrera untuk mengetahui apakah pertolongan yang boleh diberikan kepada Daniel serta menghulurkan bantuan sara hidup kepada ibunya.
Posting Joyce itu mendapat lebih 6,000 perkongsian sejak dimuat naik pada 23 Jun lalu.
Shamil Hizamie
Thu Jul 09 2015
Gambar-gambar seorang kanak-kanak gelandangan melakukan kerja rumah tepi jalan sambil diterangi lampu restoran McDonalds kian dikongsikan di Facebook. Foto - Facebook Joyce Gilos Torrefranca
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Ramadan: Program PKNS bersama gelandangan pupuk persaudaraan
Program itu bertujuan memupuk semangat persaudaraan dan kepedulian masyarakat.
TTG atasi isu gelandangan di Bintulu siap tahun depan
TTG Bintulu itu satu daripada pusat bagi membantu gelandangan yang diwujudkan di bandar-bandar utama di Sarawak.
Perit bergelandangan, komposer Ross Ariffin rindu lagu diputarkan
Komposer Ross Ariffin akui rindu untuk kembali ke zaman kegemilangan itu selepas hampir empat tahun hidup sebagai gelandangan.
Gelandangan terperangkap dalam longkang diselamatkan bomba
Anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa.
73 maut termasuk tujuh kanak-kanak dalam kebakaran bangunan tinggal di Johannesburg
Bangunan itu adalah bangunan yang telah ditinggalkan tetapi masih diduduki golongan gelandangan.
Sekurang-kurangnya 63 maut dalam kebakaran bangunan di Johannesburg
Mulaudzi berkata angka kematian mungkin meningkat kerana usaha mencari mangsa masih diteruskan.
Gelandangan ditemui mati dalam longkang
Hasil pemeriksaan fizikal pada tubuh mangsa, mendapati tiada sebarang kecederaan yang berunsur jenayah.
'Mahalnya' harga kemiskinan
Status isi rumah di Malaysia diukur menerusi pendapatan dan dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu B40, M40 dan T20.
Pulau Pinang tingkatkan pendayaupayaan golongan gelandangan
Pulau Pinang berhasrat meningkatkan pendayaupayaan golongan gelandangan melalui latihan kemahiran.
'Saya malas, boleh tidur di mana-mana saja'
Warga emas yang ingin dikenali sebagai Samad, 66, berasal dari Pasir Mas itu mengakui tidak minat untuk bekerja atau mendapatkan tempat tinggal.