awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gadis tikam ibu bapa sebelum bunuh diri gara-gara ekzema

Sinar Harian
Sinar Harian
24/06/2018
03:55 MYT
Gadis tikam ibu bapa sebelum bunuh diri gara-gara ekzema
Pang Ching-yu menyalahkan ibu bapanya kerana menurunkan penyakit ekzema yang teruk kepadanya. -Foto Sinar Harian
Seorang bekas pelajar kejururawatan di Hong Kong tergamak menikam kedua ibu bapanya hingga mati sebelum membunuh diri gara-gara penyakit ekzema yang dihidapinya.
Pang Ching-yu, 23, menyalahkan ibu bapanya kerana ‘menurunkan’ penyakit ekzema yang teruk kepadanya dan menganggap lebih baik mati daripada terus hidup dengan penyakit itu.
“Penghidap ekzema yang melahirkan anak lebih teruk daripada orang miskin yang beranak.
"Kalau miskin kita boleh ubah kehidupan dengan bekerja keras. Tapi jika ekzema, memang terpaksa menanggung seksa sepanjang hayat,” tulis Ching-yu dalam sebuah blog.
Mayat Ching-yu ditemui dengan kepalanya ditutup beg plastik yang dihubungkan paip disalurkan pada kanister gas helium, manakala mayat ibu bapanya, masing-masing berusia 56 serta 60 tahun, ditemui dengan kesan tikaman.
“Kami menemui nota ditinggalkan wanita itu dalam bilik tidurnya, manakala pisau berukuran 30 sentimeter yang berlumuran darah ditemui di dapur.
“Memang dia menganggap lebih baik mati daripada menderita penyakit itu," kata Penolong Komander Polis Daerah Tuen Mun, Yan Fong-wai kepada South China Morning Post. - NDTV
Topic Berkaitan
#bunuh
#ekzema
#Pang Ching-yu
#pelajar kejururawatan
#pisau 30 sentimeter
#tanggung seksa
#tikam ibu bapa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan