Tutup

Berita  | Dunia

Gali semula kubur, bawa pulang jenazah ibu selepas 40 hari kebumi

Gali semula kubur, bawa pulang jenazah ibu selepas 40 hari kebumi
Nasir dikatakan bertindak memasukkan jasad ibunya itu ke dalam karung sebelum bertindak memikul jasad tersebut ke rumahnya. - Foto: media sosial/YouTube
GARA-GARA rindu dan enggan menerima hakikat ibunya telah meninggal dunia, seorang lelaki sanggup menggali semula kubur ibunya itu selepas empat puluh hari dikebumikan.

Kejadian dikatakan berlaku di wilayah Probolinggo, Jawa Timur pada Ahad lalu.

Pemuda tersebut yang hanya dikenali sebagai Nasir itu bukan sahaja bertindak menggali semula kubur tersebut malah bertindak membawa pulang jasadnya ke rumah.

Bagaimanapun tindakan Nasir itu diketahui orang ramai termasuk ahli keluarganya selepas beberapa hari kemudian.
Nasir dikatakan bertindak memasukkan jasad ibunya itu ke dalam karung sebelum bertindak memikul jasad tersebut ke rumahnya.

Perbuatannya itu mengejutkan penduduk kampung sebaik mendapat tahu mengenainya.
Nasir bagaimanapun dipujuk oleh ahli keluarganya untuk mengembalikan semula jenazah ibunya ke pusara.

Menurut pihak berkuasa negara itu, pemuda itu kemudiannya akur dan mengkebumikan semula jenazah ibunya itu.

Video Nasir mengebumikan semula jenazah ibunya itu tular di media sosial pada Rabu yang mendapat perhatian warga net.

Pihak berkuasa juga menyatakan bahawa Nasir sememangnya mempunyai masalah mental yang serius.




Tag: media sosial, gali kubur ibu, Probolinggo, Jawa Timur, Nasir, masalah mental



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.