SEMPENA Nuzul Al-Quran, Astro AWANI ingin berkongsi sebuah cerita mengenai pembubaran parlimen Kuwait yang disebabkan penerbitan Al-Quran yang salah.
Pada Mei 1999, Emir Kuwait, Sheikh Jaber Al-Ahmad Al-Sabah membubarkan parlimen negara itu berikutan krisis yang berlaku apabila anggota parlimen mengadakan undi tidak percaya terhadap Menteri Hal Ehwal Islam disebabkan lebih daripada 120,000 salinan Al-Quran yang disalah cetak.
Sheikh Jaber mengeluarkan satu siri dekri pada 4 Mei untuk mengadakan pemilihan baru untuk rumah 50 orang pada 3 Julai, sekitar satu setengah tahun lebih awal daripada yang dirancang.
Oleh kerana satu ayat tidak terkandung dalam sejumlah besar salinan kitab suci tersebut, kerajaan Kuwait jatuh ke dalam krisis politik.
Individu yang dipersalahkan dalam isu berkenaan adalah Menteri Hal Ehwal Islam, Ahmad al-Kulaib yang dituduh oleh penggubal undang-undang untuk cuba merosakkan kepercayaan umat Islam dengan membenarkan salinan salah itu diedarkan.
Ahli parlimen telah jadualkan untuk mengadakan undi tidak percaya terhadap Ahmad.
Sebelum undian itu dijadualkan berlangsung, Sheikh Jaber membubarkan Dewan Negara sebagai usaha untuk mengelakkan kekecohan. Dewan Negara merupakan satu-satunya parlimen yang dipilih secara demokratik di kalangan negara-negara Teluk Arabi.
Pembangkang secara terbuka mendakwa skandal Al-Quran tersebut telah dirancang oleh kerajaan untuk membenarkan penggantungan parlimen.
Parlimen Kuwait telah dibubarkan sebelum ini pada tahun 1986. Ia telah ditubuhkan semula selepas perang untuk membebaskan Kuwait daripada pendudukan Iraq.
Amirah Shariffudin
Wed May 22 2019
Oleh kerana satu ayat tidak terkandung dalam sejumlah besar salinan kitab suci tersebut, kerajaan Kuwait terjerumus ke dalam krisis politik. - Gambar hiasan
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
[TERKINI] Ketua Polis Negara paling lama meninggal dunia
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Hanif Omar, meninggal dunia pada usia 85 tahun di kediamannya di Shah Alam pada 2.15 pagi Sabtu.
Pasangan suami isteri tidak sangka dua kali tolak tawaran, masih ada rezeki tunai haji tahun ini
Selepas surat tawaran berada di dalam tangan, dia dan isteri giat membuat persiapan demi memastikan mereka memperoleh haji yang mabrur.
Lelaki bertindak bakar diri di luar Mahkamah New York
Seorang lelaki bertindak membakar dirinya di luar mahkamah New York di mana perbicaraan bagi kes bekas presiden Amerika syarikat Donald Trump sedang berjalan
Gara-gara 120,000 Al-Quran disalah cetak, parlimen Kuwait pernah dibubarkan
Emir Kuwait membubarkan parlimen negara itu apabila anggota parlimen mengadakan undi tidak percaya terhadap Menteri Hal Ehwal Islam atas 120,000 salinan Al-Quran yang disalah cetak.