awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jaringan penalti Salah bantu Mesir tewaskan Afrika Selatan 1-0, walau beraksi dengan 10 pemain
Majlis Belia cadang gaji permulaan graduan ijazah RM3,500 dikaji kerajaan
Tengku Hazman tekad pulihkan reputasi TFC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gara-gara skandal seks, PM dan TPM Australia 'bergaduh'

Agensi
Agensi
16/02/2018
11:16 MYT
Gara-gara skandal seks, PM dan TPM Australia 'bergaduh'
Nada Joyce yang kedengaran marah menandakan ketegangan hubungan dua pemimpin utama Australia. - Foto Reuters
Hubungan Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull dan Timbalan Perdana Menteri Barnaby Joyce tegang selepas Joyce membidas kenyataan Turnbull berkaitan pengharaman hubungan seks antara Menteri dan pegawai.
Joyce berkata, kenyataan Turnbull berkaitan hubungan sulit beliau bersama bekas Setiausaha Akhbarnya sebagai tidak wajar dan tidak perlu.
Menurut laporan South China Morning Post, Joyce yang mengetuai parti komponen dalam pakatan kerajaan minggu lepas didapati mempunyai hubungan sulit dengan bekas pembantunya sehingga wanita itu mengandung.
Turnbull pada Khamis berkata Joyce membuat pertimbangan salah ketika melakukan hubungan sulit dengan bekas pembantunya.
Tambahnya, tindakan Joyce itu satu bentuk penghinaan terhadap isterinya yang diabaikan bersama empat orang anak perempuan dan juga teman wanita baharunya, Vikki Campion.
Joyce dalam sidang media pada Jumaat berkata beliau tidak akan melepaskan jawatan dalam parti mahupun sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Nada Joyce yang kedengaran marah menandakan ketegangan hubungan dua pemimpin utama Australia.
Meskipun Turnbull bakal melakukan lawatan rasmi ke Amerika Syarikat (AS) minggu hadapan, namun Joyce tidak akan memangku jawatan perdana menteri kerana beliau mengambil cuti peribadi selepas skandal tersebut terbongkar.
Tugas perdana menteri akan dipangku Menteri Kewangan Mathias Cormann sementara Turnbull melakukan lawatan rasmi ke AS.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Barnaby Joyce
#malcolm turnbull
#Perdana Menteri Australia
#skandal seks Australia
#Timbalan Perdana Menteri Australia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan