awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gara-gara 'tengik' durian, lebih 500 pelajar dan kakitangan universiti dipindah keluar

Agensi
Agensi
14/05/2019
02:45 MYT
Gara-gara 'tengik' durian, lebih 500 pelajar dan kakitangan universiti dipindah keluar
Pemeriksaan oleh pasukan bomba mendapati bau itu datang daripada buah durian.- Gambar fail/BERNAMA
Pelajar dan kakitangan perpustakaan Universiti Canberra Australia berdepan situasi panik apabila diarahkan keluar akibat 'kebocoran gas'.
Namun pemeriksaan oleh pasukan bomba mendapati bau kurang menyenangkan itu datang daripada buah durian, lapor CNN.
"Mujurlah ia bukan kebocoran gas, hanya bau daripada buah durian," itu yang ditulis dalam kenyataan pihak perpustakaan di Facebook.
Seramai 550 orang diarahkan mengosongkan bangunan itu dalam masa kurang daripada enam minit, sebelum sepasukan bomba tiba untuk membuat pemeriksaan.
"Pasukan bomba telah selesai membuat pemeriksaan dan berjaya mengesan sumber bau.
"Kami telah membuat pemantauan dan kawasan itu disahkan selamat," kata kenyataan dari Australian Capital Territory Emergency Services Agency, yang menambah sebiji buah durian ditemui dalam salah sebuah almari dalam perpustakaan itu.
Ini bukan kali pertama kejadian seumpama ini berlaku.
Tahun lalu, perpustakaan di sebuah universiti di Melbourne juga terpaksa dikosongkan akibat bau daripada buah durian yang disangka kebocoran gas.
Topic Berkaitan
#bomba
#durian
#gas
#kakitangan
#pelajar
#perpustakaan
#Universiti Canberra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan