Gempa berukuran 6.4 magnitud menggegarkan kepulauan Bali di Indonesia jam 1.45 pagi (waktu tempatan), lapor portal US Geological Survey (USGS).

Menurut European-Mediterranean Seismological Centre (EMSC), pusat gempa dikesan pada kedalaman 10 km.

Biro cuaca dan geofizik Indonesia memaklumkan tiada ancaman tsunami dikesan.

Tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan setakat ini.