Gempa 7.2 magnitud gegarkan sempadan Iran dan Iraq lewat Ahad.

Stesen televisyen Iran melaporkan gempa menjejaskan sekurang-kurangnya 14 wilayah.

Jabatan Geologikal Amerika Syarikat mengesahkan gempa berpusat 32 kilometer ke bandar Halabja.

Ia turut mengeluarkan amaran peringkat jingga.

Iran terdedah kepada gempa setiap hari berdasarkan kedudukan geografinya.

Pada 2003, gempa 6.6 magnitud memusnahkan bandar bersejarah dan mengorbankan 26,000 nyawa.