Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud melanda Bandar Hualien, Taiwan sekitar 1.01 petang waktu tempatan.

Jabatan Meteorologi Taiwan bagaimanapun melaporkan tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan setakat ini.

Gempa itu merekodkan kedalaman sehingga 18 kilometer.

Salah seorang penduduk menceritakan, kejadian gempa berkenaan menyebabkan beberapa bangunan di Taipei mengalami gegaran.

Dalam pada itu, Kajian Geologi Amerika Syarikat menganggarkan gempa bumi berkenaan mencecah 6.4 magnitud dengan kedalaman 15 kilometer.


Foto Reuters

Taiwan terletak berhampiran persimpangan plat tektonik dan terdedah kepada gempa bumi.

Kali terakhir kejadian gempa melanda Selatan Taiwan ialah pada 2016, menyebabkan lebih 100 orang terbunuh dalam kejadian gempa bumi Selatan negara itu.

Pada 1999, gempa bumi dengan kekuatan 7.6 skala richter melanda negara itu dan meragut lebih 2,000 nyawa.