DUNIA
Gempa bumi 6.4 magnitud di Taiwan, beberapa bangunan tumbang

Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 skala Richter berlaku di Taiwan pada Selasa.
SATU gempa bumi kuat berukuran 6.4 skala Richter berlaku di Taiwan pada Selasa, mengakibatkan beberapa bangunan tumbang di bandar Hualien.
Gempa bumi yang direkodkan pada pukul 11:50 malam waktu tempatan itu terjadi kira-kira 20km dari pantai timur pulau itu.
Netizen berkongsi gambar di media sosial yang menunjukkan kerosakan yang dialami di jalan raya dan bangunan tinggi, yang mana ada di antaranya telah runtuh.
Perkhidmatan kecemasan dilaporkan sedang berusaha menyelamatkan orang ramai yang terperangkap.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami