Berita  | Dunia

Gempa bumi 7.1 melanda Ternate, Maluku Utara

Gempa bumi 7.1 melanda Ternate, Maluku Utara
Gempa bumi tersebut berpusat 133 kilometer di perairan barat daya Ternate. - BMKG Indonesia
GEMPA bumi berukuran 7.1 skala richter menggegar wilayah Ternate, Daerah Maluku Utara pada jam 10.08 malam semalam waktu tempatan.

Menurut makluman pihak berkuasa tempatan, gempa tersebut berpotensi menghasilkan tsunami di kawasan sekitar Sulawesi Utara.
Gempa itu berpusat 133 kilometer di perairan barat daya Ternate.


Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan mengikuti arahan terkini yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.


Sekiranya memerlukan bantuan, rakyat Malaysia boleh menghubungi kedutaan di talian +62215224947 atau +6281380813036.




Tag: gempa bumi, Indonesia, gempa, Ternate, Sulawesi, Maluku Utara


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.