SATU gempa bumi berukuran 7.2 magnitud telah menggegarkan ibu kota negara Mexico dan Oaxaca, pada Jumaat.

Kajian Geologi Amerika Syarikat memaklumkan pusat gempa berkenaan terletak 53km timur laut Pinotepa di Oaxaca.

Setakat ini, tiada mangsa maut atau cedera dilaporkan.

Presiden Mexico, Enrique Puna Nieto telah mengumumkan Sistem Penggera Amaran Gempa Bumi juga telah diaktifkan, dan semua penduduk di kawasan yang terjejas perlu berada di luar rumah.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik dalam pada itu tidak mengeluarkan amaran tsunami.

Mexico merupakan antara salah satu kawasan aktif yang paling seismik di dunia, terletak di atas tiga plat tektonik yang bermakna kecenderungan untuk berdepan kejadian gempa bumi sangat tinggi.

Pada September lalu, kejadian gempa bumi yang berlaku di Mexico telah mengakibatkan lebih 300 kematian.