awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penerima SARA Bulanan nikmati bantuan hari ini, ringankan beban kos sara hidup
JP Selangor, MDDM, MDPM perkukuh kerjasama banteras penyalahgunaan gelaran kehormat
Wanita didakwa bunuh kanak-kanak lelaki tujuh tahun di Pasir Gudang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi: Angka kematian dijangka melebihi 10,000 - Tentera Nepal

Bernama
Bernama
02/05/2015
00:46 MYT
Gempa bumi: Angka kematian dijangka melebihi 10,000 - Tentera Nepal
Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun berjaya dikeluarkan dari bawah runtuhan setelah lebih 5 hari terperangkap - Foto AFP
Jumlah kematian dalam kejadian gempa bumi kuat yang menggegarkan Nepal pada 25 April lepas, boleh melebihi 10,000 orang, menurut Tentera Nepal.
"Unjuran kami ialah jumlah mangsa yang terkorban boleh melebihi 10,000 orang," kata Panglima Tentera Darat Nepal Jeneral Gaurav Sumsher Rana dalam taklimat media kepada sekumpulan wartawan kanan di Kathmandu pada Jumaat.
Setakat ini, angka kematian mencecah 6,204 orang dan 13,932 lagi dilaporkan cedera.
"Bagaimanapun, angka ini sudah tentu meningkat kerana pasukan penyelamat terus menemui lebih banyak mayat mangsa," kata Rana.
Sebanyak 161,386 rumah mengalami kerosakan termasuk 24,182 yang musnah sama sekali.
Panglima Tentera Darat Nepal itu melahirkan rasa puas hati dengan operasi menyelamat dan bantuan tersebut.
"Kami telah melakukan yang terbaik semasa tragedi dahsyat ini walaupun mempunyai sumber yang terhad," katanya.
Beliau turut memuji masyarakat antarabangsa kerana menghulurkan bantuan kepada kerajaan Nepal dalam operasi menyelamat dan bantuan itu.
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Nepal
#Tentera Nepal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan