awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit ditutup pada paras 3.96 berbanding dolar AS untuk kali pertama sejak 2018
Persempadanan darat Malaysia-Indonesia masih dalam rundingan
Remaja perempuan cedera parah jatuh kondominium
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi kuat di Teluk Alaska, amaran tsunami dikeluarkan

Agensi
Agensi
23/01/2018
11:43 MYT
Gempa bumi kuat di Teluk Alaska, amaran tsunami dikeluarkan
Menurut pakar geologi, gempa berkenaan dilaporkan terjadi di 256 kilometer ke kawasan tenggara Chiniak, dengan kedalaman 10 kilometer.
PIHAK berkuasa Alaska mengeluarkan amaran kepada penduduk di sekitar pantai negara itu untuk berpindah kerana bimbang berlakunya tsunami, susulan gempa berukuran 8.2 skala richter yang menggegarkan Teluk Alaska awal pagi Selasa.
Menurut pakar geologi, gempa berkenaan dilaporkan terjadi di 256 kilometer ke kawasan tenggara Chiniak, dengan kedalaman 10 kilometer pada sekitar 9.31 pagi (GMT).
“Sekiranya anda berada di kawasan pantai, anda diarahkan untuk berpindah ke kawasan lebih tinggi. Amaran tsunami yang dikeluarkan memberi petanda bahawa tsunami dan banjir mungkin atau sudah berlaku,” demikian arahan yang dikeluarkan oleh Pejabat Pengurusan Kecemasan Anchorage untuk Alaska dan British Columbia.
Amaran Tsunami turut dikeluarkan untuk beberapa kawasan di sekitar Alaska, sekitar pantai barat Amerika Syarikat dan Hawaii.
Namun Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat kemudiannya menarik balik amaran tsunami di California, Oregon, Washington dan Alaska. Manakala pihak berkuasa Kanada menarik balik amaran bagi kawasan perairan British Colombia.
“Berdasarkan kepada data yang sedia ada, tsunami mungkin melanda dan berpotensi memusnahkan kawasan pantai walaupun terletak jauh dari pusat berlakunya gempa bumi," demikian menurut Pusat Amaran Tsunami Pasifik.
Manakala Jabatan Meteorologi Jepun sedang memantau keadaan tersebut namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Topic Berkaitan
#Alaska
#amaran tsunami
#Chiniak
#gempa bumi
#Teluk Alaska
#USGS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan