Tutup

Berita  | Dunia

Gempa bumi kuat gegar Papua New Guinea

Gempa bumi kuat gegar Papua New Guinea
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 pada skala Richter berlaku di timur rantau Papua New Guinea pada pukul 5.19 pagi tadi. -USGS
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 pada skala Richter berlaku di timur rantau Papua New Guinea pada pukul 5.19 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia pusat gempa itu terletak 32 kilometer Barat dari Bulolo dengan kedalaman 160 km.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia menurut kenyataan itu lagi.