Gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud melanda kawasan perairan selatan Alaska

Gempa berlaku pada jam 10.12 minit malam dan berpusat pada kedalaman 105 kilometer.

Ia disifatkan lebih kuat berbanding gempa berukuran 7.1 magnitud yang melanda Alaska pada November 2018.

Gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud melanda kawasan perairan selatan Alaska
Penduduk berdekatan melarikan diri ke tempat lebih tinggi selepas siren amaran tsunami dipasang.

Amaran tsunami bagaimanapun ditarik balik susulan ketinggian ombak di perairan dilaporkan kurang dari 30 sentimeter.

Penduduk di bandar-bandar kecil yang berada dalam lingkungan 160 kilometer dari pusat gempa paling merasai gegaran kuat berkenaan.

Sekolah dan gereja di Pulau Kodiak menjadi antara pusat penempatan sementara penduduk yang terjejas.

Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.