Tutup

Berita  | Dunia

Gempa bumi sederhana gegar Pulau Talaud, Indonesia

Gempa bumi sederhana gegar Pulau Talaud, Indonesia
Gempa bumi di Kepulauan Talaud itu tidak bawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter berlaku di Kepulauan Talaud, Indonesia pada 7.32 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa itu terletak 43 kilometer (km) timur dari Pulau Talaud, pada kedalaman 73 km.

Bagaimanapun, ia tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA