GEMPA bumi bermagnitud 6.9 yang melanda Pulau Lombok, Indonesia semalam telah mengorbankan sekurang-kurangnya 98 nyawa setakat ini.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia berkata jumlah tersebut mungkin meningkat apabila serpihan daripada lebih 13,000 rumah yang musnah telah dibersihkan.

Lebih daripada 20,000 orang terpaksa dipindahkan.

Bekalan elektrik dan talian komunikasi terputus di beberapa kawasan. Tanah runtuh dan jambatan runtuh turut menyekat laluan ke kawasan sekitar pusat gempa di bahagian utara.

Pihak tentera berkata mereka akan menghantar kapal dengan bantuan perubatan, keperluan asas dan sokongan logistik.

Gegaran kuat turut dirasai di Pulau Bali, di mana dua mangsa dilaporkan meninggal dunia.

Di Kepulauan Gili di pantai barat laut Lombok pula, pihak berkuasa berkata lebih daripada 2,000 orang telah dipindahkan akibat risiko tsunami.

Orang ramai berasak di pantai dalam usaha cuba meninggalkan Kepulauan Gili pada Ahad susulan gempa Gili Trawangan, di Lombok, Indonesia. - REUTERS
BACA: Gempa Lombok: 91 terkorban, ribuan rumah musnah

VIDEO: Gempa Lombok: Imam tetap teruskan solat

VIDEO: Struktur masjid runtuh sebaik jemaah beredar akibat gegaran

VIDEO: Rakyat Malaysia dilaporkan selamat di Lombok